fb fb fb fb fb

Tanaka, wanita tertua di dunia meninggal pada usia 119 tahun

TOKYO, 25 April- Seorang wanita di Jepun yang disahkan tertua di dunia oleh Rekod Dunia Guinness, meninggal dunia pada usia 119 tahun, hari ini.

Menurut seorang pegawai tempatan, Kane Tanaka yang dilahirkan pada 2 Januari 1903 mengadu sakit-sakit ketika sedang berehat di rumah jagaan di mana dia tinggal.


(Kane Tanaka/ REUTERS)

Pada usia mudanya, Tanaka aktif berniaga termasuk membuka kedai mi dan kedai kek beras.

Dia telah berkahwin dengan Hideo Tanaka seabad yang lalu pada tahun 1922, melahirkan empat anak dan mengambil seorang anak angkat.

Usia Tanaka yang unik pernah mendapat perhatian komiti Sukan Olimpik Tokyo 2021 sebagai pembawa obor Sukan Olimpik, namun COVID-19 telah menghalangnya berbuat demikian.

Jepun mempunyai penduduk paling tua di dunia, dengan kira-kira 28 peratus berumur 65 tahun dan ke atas.

Berdasarkan rekod Guinness, sebelum Tanaka, wanita tertua adalah dari Perancis Jeanne Louise Calment, yang meninggal dunia pada usia 122 tahun dan 164 hari pada tahun 1997.-Reuters

Media Baharu