fb fb fb fb fb

Sweden dakwa dua lelaki bakar Al-Quran

Foto REUTERS

COPENHAGEN, 29 Ogos- Pihak pendakwa raya Sweden pada Rabu bakal mendakwa dua lelaki yang membakar Al-Quran dalam siri insiden pembakaran kitab suci umat Islam yang telah mendatangkan kemarahan kepada masyarakat Islam dunia serta menimbulkan ketakutan terhadap kemungkinan serangan Jihad daripada kumpulan agama.

Kedua-dua lelaki berkenaan didakwa terhadap kumpulan etnik atau kebangsaan dalam empat majlis berasingan ketika membakar kitab suci Islam di luar sebuah masjid dan di tempat-tempat awam lain, kata Pejabat Pendakwaan Sweden dalam satu kenyataan.

Perkhidmatan Keselamatan Dalam Negeri Sweden telah meningkatkan tahap amaran keganasan berikutan insiden tersebut, manakala negara jirannya, Denmark turut mengetatkan undang-undang berhubung insiden berkenaan yang turut dialami negara berkenan.

"Kedua-dua lelaki berkenaan didakwa membuat kenyataan dan memperlakukan Al-Quran dengan cara untuk menghina umat Islam dan kepercayaan mereka dalam empat majlis berasingan", kata Pendakwa Raya Kanan Anna Hankkio dalam satu kenyataan.

Hankkio turut berkata bukti-bukti pembakaran Al-Quran adalah berdasarkan rakaman video.

Sementara itu, salah seorang pelaku, Salwan Najem menafikan perbuatannya melanggar kesalahan undang-undang

Peguamnya, Mark Safaryan berkata, tindakan yang dilakukan Najem dilindungi oleh perlembagaan Sweden.

"Permit yang diberikan berkaitan dengan demonstrasi tersebut selaras dengan niat anak guam saya. Hak-haknya dilindungi oleh perlembagaan Sweden," kata Safaryan kepada Reuters.

Manakala peguam salah seorang tertuduh, Momika enggan memberi sebarang komen.

Salwan Momika seorang pelarian dari Iraq, telah menyatakan bahawa dia ingin melakukan protes terhadap institusi Islam dan mengharamkankitab suci Al-Quran.

Menurut agensi migrasi Sweden, pihaknya mahu menghantar pulang Momika kerana maklumat palsu mengenai permohonannya untuk menetap di Sweden.

Namun, arahan itu tidak dilaksanakan berikutan bimbang Momika diseksa di negara asalnya.-REUTERS.

BERITA BERKAITAN :

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD