(Ulf Kristersson/Reuters)
STOCKHOLM, 28 Julai- Kemarahan dan tunjuk perasaan berterusan daripada umat Islam di seluruh negara susulan tindakan biadab membakar kitab suci Al-Quran di Sweeden baru-baru ini mencetuskan kebimbangan kepada negara tersebut.
Perdana Menteri, Ulf Kristersson berkata, beliau amat bimbang tentang 'akibatnya' jika lebih banyak tindakan seperti itu berterusan dilakukan dalam negara.
Justeru, beliau telah mengarahkan supaya mana-mana demontrasi yang membenarkan pembakaran Al-Quran 'diajukan' kepada pihak polis.
"Jika permintaan itu (bakar Al-Quran) dibenarkan, tidak mustahil hari-hari mendatang kita akan berdepan dengan situasi sukar. Saya amat bimbang dengan apa yang akan (boleh) terjadi kelak," katanya kepada agensi berita Sweeden TT, semalam.
Tambah beliau, terpulang kepada polis untuk memberikan kebenaran atau sebaliknya kerana mereka ada kuasa untuk memutuskannya.
Insiden terbaharu melibatkan dua lelaki yang membakar Al-Quran dalam satu demontrasi di luar sebuah masjid di sini pada 28 Jun lalu.
Selain Sweeden, Denmark juga sebelum ini telah melakukan serangan terhadap Al-Quran yang menyinggung banyak negara Islam termasuk Turki.
Kedua-dua negara itu menyatakan kekesalan dengan insiden terbabit, namun tidak berupaya menghalangnya di bawah peraturan yang melindungi kebebasan bersuara. -Reuters
(Dua lelaki biadab membakar kitab suci Al-Quran di Stockholm, Sweden
pada 28 Jun lalu/Reuters)