fb fb fb fb fb

Iraq usir Duta Besar Sweden, bantahan terhadap insiden bakar Al-Quran

FOTO REUTERS

BAGHDAD, 21 Julai- Pemerintah Iraq mengusir Duta Besar Sweden dari negara itu sebagai tanda bantahan terhadap rancangan membakar kitab suci al-Quran di Stockholm.

Turut diusir dan diarah henti operasi di Iraq ialah syarikat telekomunikasi dari Sweden, Ericsson.

Pemerintah Iraq juga telah memanggil pulang perwakilannya di Sweden sebagai sebagai satu lagi siri bantahan tegas terhadap provokasi mencetuskan ketegangan agama itu.

Sebelum ini, kumpulan anti-Islam, termasuk seorang pendatang Iraq yang menetap di Sweden membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm pada Jun.

Kumpulan sama juga mendapat keizinan pihak berkuasa Sweden melakukan perkara sama sekali lagi pada Khamis.

Ia mengundang bantahan umat Islam Iraq yang bertindak menyerang pejabat keduataan Sweden di Baghdad.

Iraq menegaskan kepada pemerintah Sweden, apa sahaja perlakuan menjurus kepada pembakaran al-Quran akan menyebabkan hubungan diplomatik mereka terputus.

Sementara itu, Menteri Luar Sweden, Tobias Billström berkata kesemua pegawai dan kakitangan kedutaannya selamat, namun membidas pemerintah Iraq yang didakwa gagal melunaskan tanggungjawab melindungi kedutaan.


(FOTO REUTERS)

Media Baharu