fb fb fb fb fb

Turkiye hilang banyak tapak sejarah, akibat gempa bumi Februari lalu

FOTO AFP

ANTAKYA, 21 Julai- Turkiye berusaha melindungi warisan bandar purba Antakya yang musnah akibat gempa bumi.

Antakya adalah tapak bandar purba Antioch yang menjadi warisan dan tamadun berusia 2,000 tahun.

Bandar purba Turkiye itu terletak di wilayah selatan Hatay.

Kebanyakkan warisan purba runtuh sejak gempa bumi pada 6 Februari yang melanda selatan Turkiye dan Syria.

Kira-kira 80 peratus bangunan runtuh semasa bencana yang menggegarkan selatan negara itu yang turut melenyapkan kebanyakan seni bina bersejarah.

Gempa bumi kuat itu juga mengorbankan sekurang-kurangnya 55,000 penduduk.

Gempa bumi kuat yang menggegarkan Turkiye itu telah merosakkan 84,726 bangunan.

Kementerian Kebudayaan Turki telah menyenaraikan 719 bangunan yang mempunyai kepentingan bersejarah

Istana di Gaziantep dan sebuah kubu di Aleppo merupakan antara tapak bersejarah paling berharga di rantau itu, turut ranap.

UNESCO juga meneliti keadaan puluhan tapak warisan sejarah dunia di Turkiye dan Syria yang terjejas teruk akibat gempa bumi.- AFP


(FOTO REUTERS)

Media Baharu