PHNOM PENH, 21 Julai- Seramai 333 pemerhati dan orang kenamaan asing dari 65 negara dan institusi antarabangsa akan melawat Kemboja, menjelang pilihan raya umum negara berkenaan Ahad ini.
Kehadiran mereka adalah untuk memantau proses demokrasi.
Antaranya, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Perdana Menteri Guinea-Bissau, Nuno Gomes Nabiam serta 11 bekas ketua negara, kerajaan dan parlimen.
Demam pilihan raya ke-7 Kemboja menyaksikan, Parti Rakyat Kemboja (CCP) dipimpin Perdana Menteri, Hun Sen diyakini kekal cemerlang dan menang semua kerusi yang ditandingi.
Namun begitu, parti pembangkang utama, Parti Candle Light mungkin mampu mencipta kejutan pada pilihan raya kali ini.
Pilihan raya Ahad ini menyaksikan 18 parti politik bertanding merebut 125 kerusi dengan lebih 9.7 juta rakyat layak mengundi.
Pada pilihan raya 2018, CPP menyapu bersih semua kerusi dipertandingkan setelah memperoleh 4.8 juta undi daripada 6.9 juta undi.- REUTERS
(Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen/REUTERS)