fb fb fb fb fb

Sembilan lagi kematian direkodkan di Bangladesh akibat denggi

Foto Hiasan

DHAKA, 21 Julai- Sembilan lagi kematian akibat demam denggi direkodkan di Bangladesh menjadikan jumlah korban kes sejak Januari kepada 155 orang.

Jumlah tersebut meliputi 108 kes pada Julai dan 34 lagi pada Jun.

Dalam tempoh 20 hari pertama Julai, 19,569 kes denggi direkodkan selepas 5,956 orang dijangkiti penyakit bawaan nyamuk itu bulan lepas.

Sejumlah 1,755 kes denggi baharu termasuk 845 di Dhaka dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah keseluruhan kes sejak Januari itu kini mencecah 27,547 kes.

Bagi menangani peningkatan tersebut, pihak berkuasa kesihatan Bangladesh telah memperkukuh langkah kesihatan awam dengan menggempur lokasi pembiakan nyamuk dan menjalankan operasi anti larva.- REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu