fb fb fb fb fb

Singapura catat lebih 25,000 kes COVID-19

SINGAPURA, 23 Februari - Republik ini mencatatkan rekod tertinggi lebih 25,000 kes COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Rekod kes tertinggi sebelum ini ialah 19,420 kes jangkitan yang dicatatkan pada 15 Februari lalu.

Walaupun bilangan pesakit yang memerlukan oksigen dan penjagaan unit rawatan rapi (ICU) tidak tinggi, namun terdapat lonjakan permintaan katil hospital kebanyakannya bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik.

Ramai pesakit pergi ke hospital apabila mengalami simpton ringan atau tiada simptom untuk mendapatkan ujian pantas antigen .

Perkembangan terbaru itu menambah beban kerja secara ketara kepada penyedia penjagaan kesihatan yang sememangnya berada di bawah tekanan yang tinggi.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, menyatakan cuti sakit bagi pekerja penjagaan kesihatan boleh direkodkan sebagai cuti masuk hospital dalam beberapa hari akan datang.

Media Baharu