fb fb fb fb fb

Serangan dron Israel bunuh 4 rakyat Palestin

Foto WAFA

GAZA, 11 Oktober- Serangan dron Israel di kejiranan Sheikh Radwan, utara Gaza semalam telah membunuh empat orang awam Palestin.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan bahawa mereka telah mengeluarkan kesemua mangsa selepas dron tentera Israel menyasarkan sekumpulan orang awam berhampiran Masjid Omar.

"Mayat dan mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Al-Ahli Arab di bandar itu," lapor WAFA.

Israel terus melakukan serangan genosidanya ke atas Gaza, tanpa mempedulikan perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya menghentikan serangannya.

Serangan Israel sejak 7 Oktober lalu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 42,065 rakyat Palestin terbunuh, manakala lebih 97,886 orang yang lain mengalami kecederaan.

Selain itu, sekurang-kurangnya 10,000 orang masih hilang, dipercayai terkorban di bawah runtuhan rumah mereka di seluruh Gaza.

Organisasi Palestin dan antarabangsa menyatakan bahawa kebanyakan mereka yang terbunuh dan cedera adalah wanita dan kanak-kanak.

Pencerobohan Israel juga telah menyebabkan hampir dua juta orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka di seluruh Gaza, dengan majoriti besar daripada mereka terpaksa berpindah ke bandar selatan Rafah yang padat penduduk, berhampiran sempadan Mesir, yang kini menjadi penghijrahan terbesar Palestin sejak Nakba 1948.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM