fb fb fb fb fb

Wakil Hamas bertemu Fatah, bincang situasi di Gaza

Foto AFP

DOHA, 9 Oktober - Wakil Hamas dan Fatah mengadakan pertemuan di Kaherah, bagi membincangkan serangan besaran-besaran Israel ke atas Gaza yang berlarutan lebih setahun.

Turut dibincangkan, usaha mewujudkan perpaduan di peringkat nasional.

"Satu mesyuarat baru sahaja bermula di ibu negara Mesir antara delegasi pergerakan Hamas....dengan gerakan Fatah," menurut kenyataan Hamas.

Kenyataan itu turut memaklumkan, kedua-dua pihak membincangkan mengenai pencerobohan di Gaza, perkembangan politik dan situasi di lapangan, serta usaha menyatukan negara.

Julai lalu, Hamas dan Fatah, serta beberapa kumpulan di Palestin menandatangani perjanjian di Beijing, China untuk bekerjasama ke arah 'perpaduan nasional'. -AFP

Trainee2