fb fb fb fb fb

AS tegur Israel, gesa situasi kemanusiaan di Gaza diperbaiki

FOTO AFP / REUTERS

WASHINGTON, 10 Oktober- Amerika Syarikat menegur sekutu rapatnya, Israel berhubung arahan terbaharu pemindahan paksa rakyat Palestin di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.

Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Linda Thomas Green-field menegaskan, Washington menzahirkan kebimbangan mendalam dengan keadaan orang awam Gaza yang tiada tempat selamat untuk berlindung.

Malah mengakui menerima laporan bahawa berlaku situasi yang teruk di zon kemanusiaan di kawasan selatan dan tengah Gaza, yang mana 1.5 juta orang kehilangan tempat tinggal telah berpindah-randah.

"Situasi malapetaka ini telah dijangka beberapa bulan sebelum ini dan masih belum dapat diselesaikan. Justeru, kita perlu perbaikinya sekarang.

"Kami menggesa Israel untuk ambil langkah segera untuk memperbaiki situasi kemanusiaan ketika ini.

"Saya mengulangi gesaan Amerika Syarikat agar orang awam Palestin dibenar pulang ke rumah masing-masing, dan membina semula kehidupan," jelasnya menerusi satu persidangan.

Tambahnya lagi, Resolusi 2735 menyatakan bahawa tiada sebarang perubahan demografi atau kawasan termasuk sebarang tindakan yang cuba mengurangkan kawasan pemilikan Semenanjung Gaza.

Trainee2