TEHRAN, 31 Julai- Israel akan menyesali pembunuhan pengecutnya terhadap Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, demikian ikrar Presiden Iran, Masoud Pezeshkian hari ini.
Menerusi platform media sosial X, Pezeshkian turut menegaskan Iran akan mempertahankan integriti wilayahnya daripada pengganas Israel.
"Iran akan mempertahankan integriti wilayah, kehormatan, kebanggaan serta maruah negara, dan membuat penceroboh pengganas (Israel) menyesali tindakan pengecut mereka," ujarnya.
Pezeshkian yang berduka atas kematian Haniyeh menyifatkan Ketua Hamas itu sebagai pemimpin berani.
Haniyeh berangkat ke Tehran bagi menghadiri majlis angkat sumpah Pezeshkian sebagai presiden baharu yang diadakan di Tehran semalam.
Bagaimanapun Haniyeh terbunuh dalam serangan peluru berpandu yang dilancarkan melalui udara oleh pihak zionis, kira-kira pukul 2.00 pagi tadi. -AFP
BERITA BERKAITAN
- Peluru berpandu bunuh Ketua Hamas - Media Iran
- Ketua pemimpin Hamas terbunuh di Iran
- China kutuk pembunuhan Ketua Hamas di Iran
- Turkiye kutuk pembunuhan pemimpin Hamas
- Rusia sifatkan tragedi babitkan Haniyeh sebagai pembunuhan politik
- Pembunuhan Haniyeh adalah tindakan pengecut- Mahmud Abbas
- Ismail Haniyeh dikenali dengan sikapnya yang tenang, lahir di kem pelarian
- PMO kecam tindakan Meta turunkan hantaran Anwar bertemu pemimpin Hamas