RAMALLAH, 31 Julai- Presiden Palestin Mahmud Abbas berkata pada Rabu pembunuhan Ketua Hamas Ismail Haniyeh adalah "tindakan pengecut" dan menggesa rakyat Palestin untuk terus bersatu menentang Israel.
"Presiden Mahmud Abbas dari Negara Palestin mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh, menganggapnya sebagai tindakan pengecut dan menjadikan ketegangan semakin serius," kata pejabat Abbas dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu turut menyebut, beliau menggesa rakyat Palestin untuk bersatu,bersabar dan berdiri teguh menentang pendudukan Israel.
Terdahulu, Ketua pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan seorang daripada pengawalnya disahkan terbunuh di Iran.
Menurut kenyataan Pengawal Revolusi Iran, Haniyeh dan pengawal keselamatan diserang ketika berada di satu lokasi kediaman di Tehran.
Haniyeh ke Tehran untuk menghadiri upacara angkat sumpah jawatan Presiden Iran baharu, Masoud Pezeshkian.-AFP
BERITA BERKAITAN:
Ketua pemimpin Hamas terbunuh di Iran