fb fb fb fb fb

Jenazah Haniyeh dibawa ke Doha, Qatar, esok

Allahyarham Ismail Haniyeh, 62 tahun/AFP

DOHA, 31 Julai- Jenazah Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh akan diterbangkan ke Qatar esok untuk dikebumikan di sini, menurut Hamas dalam kenyataan hari ini.

Hamas memaklumkan jenazah Haniyeh, 62, akan dikebumikan di tanah perkuburan di Lusail, utara sini pada Jumaat.

"Haniyeh akan diberikan penghormatan terakhir secara rasmi dan awam di Tehran, esok. Jenazah akan dibawa ke Doha pada hari sama," menurut kenyataan.

Solat jenazah akan diadakan di Masjid Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, masjid terbesar di Doha, selepas solat Jumaat, dengan pengebumian dijalankan di tanah perkuburan di Lusail, utara sini.

Hamas menambah majlis di Doha akan dihadiri oleh orang ramai termasuk pemimpin Arab dan Islam. -AFP

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA