fb fb fb fb fb

Pesawat kecil terhempas atas lebuh raya di Belanda

Tangkap layar video tular menerusi akaun X Floyd Aanen

THE HAGUE, 31 Julai- Sebuah pesawat kecil terhempas atas sebuah lebuh raya di Belanda hari ini dan membunuh seorang juruterbang.

Wilayah Keselamatan Brabant Barat Tengahn memaklumkan kemalangan itu berlaku sekitar pukul 12.45 tengah hari waktu tempatan berhampiran bandar selatan Breda, kira-kira 60 kilometer dari selatan Rotterdam.

"Sebuah pesawat terhempas di A58 dari Breda ke arah Roosendaal.

Malangnya juruterbang -- satu-satunya individu dalam pesawat itu meninggal dunia," menurut pihak berkenaan tanpa mendedahkan jenis pesawat.

Imej disiarkan menerusi platform X menunjukkan bangkai kapal terbang terbakar dan serpihan atas lebuh raya, serta pihak berkuasa mengawal keadaan di laluan yang ditutup. -AFP

SITI AISHAH MD ISA