fb fb fb fb fb

PM Sepanyol gesa henti bekal senjata kepada Israel

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez/Foto REUTERS

ROME,11 Oktober-Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez pada jumaat menggesa komuniti antarabangsa untuk menghentikan penjualan senjata terhadap Israel selepas pertemuan dengan Pope Francais di Vatican.

"Saya percaya bahawa ia merupakan perkara penting, memandangkan segala yang sedang berlaku di Timur Tengah, bahawa masyarakat antarabangsa perlu berhenti mengeksport senjata kepada kerajaan Israel," katanya kepada pemberita.

"Ini adalah rayuan saya kepada seluruh masyarakat antarabangsa," katanya.

Beliau turut berkata bahawa adalah penting "untuk tidak menyumbang dalam apa jua cara kepada peningkatan keganasan, peperangan, di Gaza, Tebing Barat atau Lubnan.

Kenyataannya mencerminkan pandangan Presiden Perancis Emmanuel Macron, yang menyatakan bahawa negara-negara antarabangsa harus berhenti membekalkan senjata untuk digunakan dalam konflik di Gaza yang mencetuskan kemarahan daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Sanchez merupakan salah seorang pengkritik paling lantang dalam kalangan pemimpin Kesatuan Eropah terhadap tindak balas Israel terhadap serangan pada 7 Oktober 2023.

Beliau menyifatkan serangan ketenteraan Israel di Lubnan pada Rabu sebagai "pencerobohan", sambil menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa perlu bertindak.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD