fb fb fb fb fb

Pilihan Raya AS: 'Saat akhir' Trump, Kamala tarik sokongan

Foto Reuters

LITITZ, 4 November- Menjelang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.

Berbaki kurang 48 jam, kedua-dua calon, Donald Trump dan Kamala Haris, terus giat menarik sokongan terakhir pengundi.

Antara negeri yang menjadi tumpuan, masing-masing Pennsylvania, Georgia, North Carolina, Michigan, Arizona, Wisconsin serta Nevada, yang dijangka 'bakal' menentukan nasib kedua-dua calon.

Dalam kempen terakhir di Lititz, Pennsylvania, Trump memberitahu penyokong, dengan ramalan tidak berasas mengenai penipuan pengundian di negeri-negeri penting.

Menerusi ucapannya yang sering 'tidak fokus', Trump juga mengingatkan bahawa cubaan bunuh pada Julai lepas, tidak melemahkan semangatnya, untuk memenangi kawasan berkenaan.

Sementara itu, Kamala dalam kempen di Detroit, Michigan merayu rakyat Amerika untuk menilai sikap buruk Trump.

Bekas Presiden itu didakwa sering mencetuskan huru-hara, kebencian, ketakutan serta perpecahan dalam negara.

Dalam masa sama, Kamala menyatakan tuduhan Trump mengenai penipuan pilihan raya sebagai cubaan meragukan pengundi yang undi mereka tidak berharga.

Beliau yakin bahawa sistem bagi pilihan raya tahun ini adalah yang berkualiti. -AFP

BERITA BERKAITAN:

Trainee2