MANILA, 8 September- Seorang paderi Filipina yang dikehendaki di Amerika Syarikat kerana pemerdagangan seks kanak-kanak telah ditangkap.
Perkara itu disahkan setiausaha dalam negeri negara itu, Benjamin Abalos pada Ahad.
Jelasnya, tangkapan ke atas paderi yang mempunyai kaitan dengan politik berkenaan berhasil selepas pemburuan polis selama dua minggu.
"Apollo Quiboloy telah ditangkap," kata setiausaha dalam negeri Benjamin Abalos di laman Facebook rasminya tanpa memberikan butiran lanjut.
Paderi itu juga telah didakwa dengan pemerdagangan manusia di mahkamah Filipina.-AFP