NEW YORK, 26 September - Flotila Global Sumud yang menuju ke Gaza dengan perlindungan kapal tentera laut Sepanyol tidak membawa sebarang ancaman kepada mana-mana pihak termasuk Israel, tegas Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares.
Dalam wawancara bersama Reuters, Albares menegaskan mandat misi itu jelas iaitu memberi perlindungan serta bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza yang terhimpit perang.
“Ini adalah flotila kemanusiaan yang aman… tidak mengancam sesiapa, termasuk Israel. Objektif tunggalnya ialah memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada rakyat Gaza,” katanya.
Beliau berkata Sepanyol juga menerima permintaan Belgium untuk membantu rakyat negara itu yang berada di atas kapal flotila jika diperlukan, dan turut mengadakan rundingan dengan Ireland berhubung perkara sama.
“Saya tidak nampak sebab kenapa ada pihak yang mahu menghalang atau mencederakan mereka,” tambah Albares. - REUTERS