BIZERTE, 15 September - 11 kapal berlepas dari pelabuhan di sini bagi menyertai Global Sumud Flotilla, misi menghentikan sekatan Israel dan menyaluarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Konvoi Maghreb Resilience, termasuk kapal bernama 'Amsterdam', belayar dari Tunisia dari Sabtu hingga Ahad dalam perjalanan ke wilayah yang terkepung.
Tiga kapal berlepas dari Pelabuhan Gammarth di ibu negara, sementara dua lagi dari Pelabuhan Sidi Bou Said berhampiran Tunis.
Sebanyak 16 kapal berlayar dari pelabuhan Tunisia untuk menyertai misi flotilla.
Konvoi itu kini yang terbesar seumpamanya, bertujuan untuk memasuki Gaza, membantu meredakan kebuluran berpanjangan berikutan sekatan rejim Israel di semua lintasan.
Global Sumud Flotilla bermula bulan lalu dengan sejumlah kapal berlepas dari Barcelona, Sepanyol, dan Genoa, Itali, sebelum berhimpun dengan peserta Afrika Utara di Tunisia. - REUTERS