fb fb fb fb fb

Luiz, bekas calon Liberal, individu letup diri di Mahkamah Agung Brazil

Francisco Wanderley Luiz, 56, yang terbunuh selepas meletup dirinya sendiri di luar Mahkamah Agung Brazil pada Rabu lepas/Reuters

BRASILIA, 15 November- Identiti lelaki yang meletupkan diri di luar Mahkamah Agung Brazil pada Rabu lepas dikenal pasti sebagai Francisco Wanderley Luiz.

Luiz, 59, merupakan bekas calon majlis tempatan bagi Parti Liberal di bawah bekas Presiden Jair Bolsonaro.

Menurut dokumen polis yang dipetik oleh rangkaian GloboNews, serangan itu berlaku beberapa hari sebelum Brazil menjadi tuan rumah sidang kemuncak G20 yang dijadualkan bermula Isnin depan.

Naib Gabenor Brasilia, Celina Leao memaklumkan siasatan awal menunjukkan serangan itu berkemungkinan tindakan "bunuh diri" dan berlaku beberapa saat selepas letupan sebuah kereta berhampiran, yang mana Luiz dilihat keluar daripada kenderaan tersebut.

"Penyerang (Luiz) menghampiri Mahkamah Agung Persekutuan, cuba untuk masuk tetapi gagal, dan letupan berlaku di pintu masuk," katanya sambil menambah tiada kecederaan lain dilaporkan.

Mayat penyerang ditemui dengan "alat peledak masih terlekat pada tubuhnya".

Mahkamah Agung dalam kenyataan menyatakan dua letupan berlaku pada akhir sesi Rabu dan para hakim berjaya dipindahkan dengan selamat.

Kawasan Praca dos Tres Poderes yang menempatkan Istana Presiden, Kongres dan Mahkamah Agung telah ditutup dengan kawalan ketat oleh pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis bagi mengawal keselamatan.

Presiden Luiz Inacio Lula da Silva juga dilapor tidak berada di Istana Presiden ketika letupan berlaku. -AFP

BERITA BERKAITAN

Trainee2