fb fb fb fb fb

Lagi serangan ke atas penduduk Gaza tunggu bantuan

FOTO REUTERS

GAZA, 26 Mac- Tentera negara haram Israel menyasarkan orang awam yang menunggu bantuan di kejiranan Shujaiya di utara Gaza, semalam.

Laporan menunjukkan terdapat kematian dan kecederaan, namun angka rasmi masih tidak dikeluarkan.

Penduduk yang terkorban dibawa ke bilik mayat Hospital Al-Ahli Baptist.

Serangan zionis ke atas wilayah itu sudah memasuki hari ke-172 sejak 7 Oktober lalu yang mengorbankan lebih 32,000 penduduk, kebanyakkannya kanak-kanak, wanita dan warga emas, manakala kira-kira 74,700 orang mengalami kecederaan.

Ia juga telah mendorong 85% penduduk Gaza ke dalam perpindahan dalaman di tengah-tengah krisis kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60% daripada infrastruktur enklaf itu telah rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Israel juga menghadapi tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Keputusan sementara pada Januari mengarahkan ia menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai itu dan mengambil langkah yang menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza. -Reuters

ARTIKEL BERKAITAN
Israel tembak 104 rakyat Palestin tunggu bantuan berhampiran bandar Gaza
Malaysia kecam serangan Israel di tempat agih makanan
Konflik Palestin-Israel: 11 pekerja, sukarelawan bantuan PBB terbunuh

SITI AISHAH MD ISA