fb fb fb fb fb

UFO bentuk 'dumbel' muncul di London ketika fenomena 'Worm Moon'

FOTO REUTERS

DOCKLANDS, 26 Mac- Objek terbang tidak dikenali (UFO) yang menpunyai bentuk seperti alat senaman, dumbel, dikesan muncul di ruang langit di sini, London, pada Ahad lepas.

Ia dirakam ketika terbitnya fenomena 'Worm Moon' atau bulan purnama cacing yang juga merupakan gerhana bulan penumbra.

Menurut saksi, dia terlihat objek ganjil di langit ketika menikmati pemandangan Timur di Isle of Dogs dengan memandang ke arah Semenanjung Greenwich.

"Pada mulanya, saya fikir melihat dua pesawat terbang berdekatan antara satu sama lain tetapi tidak lama kemudian menyedari bahawa apa yang saya lihat adalah 'dumbel berwarna hitam', yang terapung di langit secara menegak dalam posisi orientasi.

"Sangat sukar untuk merakam. Saya cuba 'zoom' namun skrin kamera video saya agak kecil.

"Pada akhirnya, saya memasang kamera pada tripod dan membidik kawasan kasar tanpa melakukan 'zoom' terlalu banyak, kemudian melakukan 'close-up' pada rakaman tersebut," katanya.

Tambahnya, dia juga melakukan semakan ke atas aplikasi radar penerbangan untuk melihat sama ada terdapat dron berskala besar yang diaktifkan di kawasan tersebut ketika itu,

Namun, aplikasi terbabit hanya menunjukkan pesawat biasa ketika kejadian. -Reuters

2603 BD UFO LONDON 2
FOTO REUTERS

 

ARTIKEL BERKAITAN
Fenomena 'Worm Moon' menerangi langit malam tadi

SITI AISHAH MD ISA