fb fb fb fb fb

Fenomena 'Worm Moon' menerangi langit malam tadi

'Worm Moon' dirakam di Brantford, Ontario, Canada, malam tadi/Reuters

SINGAPURA, 26 Mac- Bulan penuh musim bunga yang pertama, dikenali sebagai 'Worm Moon' atau bulan purnama cacing menerangi langit beberapa negara malam tadi.

Ia juga merupakan gerhana bulan penumbra iaitu peristiwa yang berlaku apabila bumi berada di hadapan matahari dan menerangi bulan.

Imej 'Worm Moon' dikongsi beberapa individu di sebilangan negara antara Kanada, Australia, Singapura, Amerika Syarikat, London, Sri Lanka, Macedonia Utara, Albania dan Itali.

Fenomena bulan purnama yang disifatkan sebagai 'Worm Moon' itu bukan sekadar nama, ia benar-benar ada kaitan dengan cacing.

Apabila fenomena tersebut terjadi, cacing tanah dijangka keluar daripada hibernasi kerana lapisan tanah yang beku akibat musim sejuk mula mencair menjelang musim panas. -AFP/Reuters

2603 BD FENOMENA WORM MOON 2
Gambar 'Worm Moon' ketika ia berwarna kemerah-merahan berlatarkan kapal-kapal di Singapura, malam tadi/AFP

SITI AISHAH MD ISA