fb fb fb fb fb

Angka korban di Gaza meningkat kepada 32,333 orang

FOTO REUTERS

GAZA, 26 Mac- Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 32,333, kata Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada Isnin.

Rata-rata mangsa yang terkorban terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Sepanjang hari semalam, tentera Israel melakukan 11 tindakan ketenteraan di Semenanjung Gaza, membunuh 107 orang dan mencederakan 176 yang lain, kata kementerian itu.

Ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 32,333 dan kecederaan turut bertambah kepada 74,694 sejak konflik Israel-Hamas tercetus pada 7 Oktober 2023.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE