fb fb fb fb fb

Objek misteri dengan 'jejak terbakar' muncul di langit Rusia

FOTO REUTERS

KHABAROVSK, 26 Mac- Penduduk di sebuah penempatan di Rusia diselubungi misteri apabila objek tidak dikenali dengan jejak terbakar muncul di ruang langit mereka, semalam.

Ia dilapor dirakam pada waktu malam di Komsomolsk-on-Amur, di sini.

Saksi berkata, objek itu pecah menjadi serpihan kecil sebelum menghilang daripada pandangan.

Sehingga kini, sifat objek terbabit masih tidak diketahui. -Reuters

2603 BD RUSIA CAHAYA MISTERI 2
FOTO REUTERS

SITI AISHAH MD ISA