fb fb fb fb fb

Konflik Gaza, Presiden Perancis gesa Israel tamatkan keganasan

Foto AFP

PARIS, 9 Disember- Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membuka laluannya bagi menyampaikan bantuan diperlukan Gaza.

Menerusi perbualan telefon antara Macron dan Ketua kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Martin Griffiths, Presiden Perancis itu turut menggesa agar gencatan senjata berkekalan dilakukan.

"Orang awam di Gaza perlu dilindungi. Israel mesti mengambil langkah yang perlu untuk menamatkan keganasan yang dilakukannya terhadap orang awam Palestin di Gaza dan Tebing Barat," kata Macron.

Sementara itu, Griffiths berkata beliau melihat tanda-tanda bahawa Kerem Shalom yang menghubungkan Israel ke Gaza mungkin dibuka tidak lama lagi untuk membolehkan bantuan tersebut.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Palestin berkata serangan Israel di Tebing Barat telah membunuh sekurang-kurangnya 263 rakyat Palestin sejak konflik Israel-Hamas bermula Oktober lalu. - AFP

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM