RAMALLAH, 10 Disember- Sekurang-kurangnya 17,674 orang awam terkorban manakala lebih 49,300 lagi cedera dalam serangan rejim zionis terhadap Palestin.
Memetik Agensi Berita Palestin (WAFA), Kementerian Kesihatan Gaza berkata jumlah korban di Gaza telah mencecah 17,400 orang, manakala jumlah kematian di Tebing Barat juga meningkat kepada 274 orang.
"46,000 rakyat Palestin telah cedera di Gaza dan hampir 3,300 yang lain di Tebing Barat.
"Sekurang-kurangnya 300 orang awam telah dibunuh pada Jumaat," katanya.
Tambahnya, sektor kesihatan di Gaza sedang menghadapi krisis yang teruk kerana 55 buah ambulans tidak dapat beroperasi.
Berpuluh-puluh pusat penjagaan kesihatan juga telah dihentikan operasi selepas pengeboman berterusan Israel dan kekurangan bahan api.
Artikel Berkaitan:
Hamas gesa UNESCO lindungi bangunan bersejarah di Gaza
Konflik Gaza: AS veto cadangan gencatan senjata oleh PBB
Israel terus serang Gaza tanpa belas kasihan
Pelajar PHD UUM dari Palestin maut di Semenanjung Gaza