fb fb fb fb fb

Puluhan orang awam terkorban dalam serangan udara Israel di Gaza

Foto WAFA

GAZA, 9 Disember- Berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan ramai yang mengalami kecederaan apabila jet pejuang Israel menyasarkan serangan udara ke beberapa kawasan kediaman di tengah Semenanjung Gaza.

Memetik laporan agensi berita Palestin, WAFA, sumber memberitahu bahawa pesawat pejuang Israel mengebom sebuah rumah penduduk di Deir al-Balah di tengah Gaza, mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang awam terkorban dan menyebabkan ramai yang cedera.

Satu lagi serangan udara turut menyasarkan sebuah kediaman di kem pelarian Maghazi, meragut nyawa tiga individu dan menyebabkan kecederaan kepada ramai yang lain di kawasan tengah Semenanjung Gaza.

Saksi seterusnya juga melaporkan bahawa tentera reiim zionis mengebom sebuah rumah kediaman berhampiran di kem pelarian Bureij, sekurang-kurangnya tujuh orang awam terkorban, termasuk kanak-kanak dan wanita. Terdapat laporan beberapa orang masih terperangkap di bawah runtuhan.

Dalam pada itu, serangan Israel turut menyasarkan sebuah rumah di kem pelarian Nuseirat, mengakibatkan tiga orang terkorban.

Serangan berterusan Israel membawa penderitaan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, kematian terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang tidak berdosa dan pekerja penjagaan kesihatan meningkat setiap masa.

ROSLINA BINTI DIN