fb fb fb fb fb

Hamas gesa UNESCO lindungi bangunan bersejarah di Gaza

Foto AFP

PALESTIN, 9 Disember- Hamas pada Jumaat menggesa Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) melindungi bangunan bersejarah yang terdapat di Gaza.

Menurut Kementerian Antikuiti Gaza, serangan Israel di Palestin sejak Oktober lalu telah meninggalkan gereja tertua, hammam (tempat mandi) dan masjid.

"Pengeboman Israel menyasarkan dan memusnahkan tapak arkeologi.

"UNESCO perlu bertindak untuk memelihara warisan tamadun dan budaya," kata Kementerian Antikuiti Gaza.

Tambah kementerian itu, kira-kira 104 masjid telah dimusnahkan sejak konflik Israel-Palestin.

Dalam pada itu, rakaman dan imej yang disiarkan di media sosial pada Jumaat menunjukkan Masjid Besar Omari dan tertua di Bandar Gaza runtuh dalam serangan berkenaan.

Masjid Othman bin Qashqar juga menjadi sasaran serangan udara Israel pada Khamis dan Jumaat.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza berkata serangan Israel sejak Oktober lalu telah mengorbankan hampir 17,500 orang di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM