SYLHET, 9 Disember- Sebanyak 280 ketul jongkong emas seberat lebih 34 kilogram berjaya dirampas Agensi Perisikan dan Siasatan Kastam (CIID) Bangladesh.
Timbalan Pengarahnya, Rashedul Haque berkata rampasan emas itu membawa kepada penahanan empat individu.
"Berat emas yang dirampas adalah sebanyak 34.51 kilogram dan ia dianggar berjumlah BDT৳35 juta.
"Rampasan itu dibuat di dalam sebuah pesawat yang sedang terbang.
"Kesemua suspek ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sylhet Osmani.
"Pegawai risikan kastam telah menyoal siasat sembilan individu termasuk wanita dan kanak-kanak, namun hanya empat yang ditahan," katanya. - AVN