fb fb fb fb fb

Israel terus serang Gaza tanpa belas kasihan

FOTO REUTERS

GAZA, 8 Disember - Israel terus memperhebatkan serangannya ke atas Semenanjung Gaza, membunuh beratus-ratus penduduk yang bercangggah dengan janji zionis itu untuk melindungi orang awam.

Tentera Israel telah menyerang lebih daripada 450 sasaran di Gaza dari darat, laut dan udara dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ini merupakan serangan paling teruk sejak gencatan senjata minggu lalu.

Sebahagian besar penduduk Gaza kini kehilangan tempat tinggal dan tidak dapat mengakses sebarang bantuan, hospital dipenuhi dengan orang ramai untuk berlindung dan kehabisan makanan, agensi utama PBB di sana berkata masyarakat "di ambang kehancuran sepenuhnya".

Penduduk dan tentera Israel kedua-duanya melaporkan pertempuran yang semakin sengit di kedua-dua kawasan utara.

Kementerian kesihatan Gaza melaporkan 350 orang terbunuh pada Khamis, menjadikan jumlah kematian akibat serangan Israel di Gaza kepada lebih 17,170, dengan ribuan lagi hilang dan dianggap tertimbus di bawah runtuhan.

Lebih banyak serangan dilaporkan berlaku pada pagi Jumaat di Khan Younis di selatan, kem Nusseirat di tengah dan Bandar Gaza di utara. - REUTERS

TETITIA YUSOFF