fb fb fb fb fb

Kim Jong Un melawat kawasan banjir berhampiran sempadan China

Pemandangan kawasan banjir berhampiran sempadan Korea Utara dengan China, yang telah dilanda hujan lebat dari Ribut Tropika Gaemi / Foto Reuters

SEOUL, 29 Julai - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un memeriksa pada Ahad kawasan banjir berhampiran sempadan negara itu dengan China selepas 5,000 orang terjejas, kata KCNA pada Isnin.

Ini selepas hujan lebat berlaku di Sinuiju Korea Utara dan kawasan berhampiran.

Pihak Tentera telah mengatur kira-kira 10 pesawat untuk melakukan kira-kira 20 perjalanan setiap satu untuk menyelamatkan 4,200 orang dalam masa kira-kira setengah hari, kata KCNA.

Kim memuji tindakan pihak tentera atas usaha penyelamatan namun menegur pegawai-pegawai kerana tidak mempunyai persediaan yang mencukupi untuk langkah tindak balas krisis bagi mengelakkan kerosakan lebih besar disebabkan hujan lebat, banjir dan taufan.

Wilayah itu telah dilanda hujan lebat daripada Ribut Tropika Gaemi sejak beberapa hari lalu, dengan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan telah mengorbankan 12 orang di selatan China dan menyebabkan banjir kilat di tempat lain.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN