fb fb fb fb fb

Kereta api terbakar melalui pusat bandar London

Foto REUTERS

LONDON, 23 April- Sebuah kereta api dengan beberapa gerabak terbakar telah melalui kawasan pusat bandar London, Ahad lalu.

Menurut Ketua Platun Bomba London, Colin Shewell, insiden tersebut tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

"Ketika kejadian, kerata api tersebut sedang membawa muatan kayu.

"Api telah dipadamkan dalam masa kira-kira satu jam.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, klip video berkenaan menjadi tular selepas ia dikongsi oleh seorang saksi di media sosial - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM