fb fb fb fb fb

Kerabat Diraja berkumpul untuk upacara peringatan Putera Philip

(Majlis pemakaman pada 17 April 2021 yang hanya dihadiri 30 orang di pekarangan  Istana Windsor,
barat London itu ditonton berjuta-juta penonton televisyen dengan orang ramai
diminta tidak berkumpul kerana pandemik/REUTERS)


LONDON, 29 Mac- Satu upacara kesyukuran diadakan pada Selasa untuk mendiang suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip, selepas hampir setahun kemangkatannya yang pengebumiannya diadakan semasa sekatan COVID-19 dilaksanakan di Britain.

Philip, yang berkahwin dengan permaisuri selama 73 tahun, mangkat pada 9 April tahun lalu pada usia 99 tahun.

Upacara peringatan dan penghormatan di Westminster Abbey di tengah London, akan dijalankan istiadat "mengucapkan terima kasih atas dedikasi Duke of Edinburgh kepada keluarga, negara dan Komanwel", kata Pegawai Diraja.

Penghormatan daripada kerabat Diraja dan rakan sejawat asing, pembesar negara dan kumpulan angkatan tentera yang meriah akan memberi gambaran peringatan serta penghormatan mengenang kembali keluarga Diraja itu.

Ratu Elizabeth berharap untuk menghadiri upacara peringatan untuk mendiang suaminya Putera Philip, kata sumber istana pada Khamis (24 Mac), selepas raja berusia 95 tahun itu membatalkan penampilan umum awal bulan ini.

Kesihatan permaisuri menjadi tumpuan sejak dia ditempatkan dalam rawatan di hospital Oktober lalu kerana tahap kesihatan kurang baik seperti diarahkan oleh pasukan perubatannya untuk berehat.

Pada bulan Februari baginda dijangkiti COVID-19 dan mengalami simptom seperti selsema ringan.

(Ratu Elizabeth Britain dilihat semasa pengebumian Putera Britain Philip, suami kepada Ratu Elizabeth,
yang meninggal dunia pada usia 99 tahun, di Windsor
, Britain, 17 April 2021/FAIL REUTERS)



Sejak pernah didapati positif COVID-19, permaisuri hanya menjalankan tugas ringan termasuk bertemu secara langsung dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau.

Bagaimanapun ratu berusia 95 tahun itu menarik diri daripada majlis 14 Mac lalu untuk Komanwel 54 negara yang diketuainya. Keputusan itu tidak berkaitan dengan sebarang penyakit dan lebih kepada keselesaannya menjalankan tugas rasmi.

Kematian Putera Philip pada usia 99 tahun menjadi kehilangan besar kepada Ratu Elizabeth II yang menyifatkan mendiang suaminya sebagai tonggak kekuatan dirinya selama ini.

Istana Buckingham dalam kenyataan berkata, Ratu Elizabeth mengumumkan pemergian Duke Of Edinburgh itu sebagai 'kesedihan yang amat mendalam buat suami tercinta'.

"Keluarga Diraja bersama seluruh masyarakat bersedih dengan kematian Putera Philip," kata kenyataan itu pada hari kemangkatan putera berkenaan. -REUTERS












Media Baharu