(Duta China ke K. Solomon Li Ming (tengah kiri) dan PM Solomon Manasseh Sogavare (tengah kanan)
semasa Majlis Perasmian Kompleks Stadium Negara yang dibiayai China di Honiara/22 April 2022 AFP)
SYDNEY, 27 April- Ada kemungkinan besar, China akan meletakkan tenteranya di Kepulauan Solomon selepas menandatangani perjanjian keselamatan China - Kepulauan Solomon yang dipertikai.
Perjanjian itu diumumkan Beijing Selasa lalu, beberapa minggu selepas draf perjanjian tersebar di media sosial seterusnya mencetuskan kebimbangan langkah itu boleh membuka pintu kepada kehadiran tentera China di Pasifik Selatan.
Ditanya, sejauh mana China secara realistik akan menempatkan tentera mereka di Kepulauan Solomon dalam tempoh tahun depan, Menteri Dalam Negeri, Karen Andrews memberitahu Radio 4BC, ia "berkemungkinan besar"
"Kemungkinan itu akan menjadi laluan yang akan diambil China di rantau Pasifik," katanya.
(FOTO AFP)
Perdana Menteri Kepulauan Solomon, Manasseh Sogavare telah berulang kali menyatakan bahawa pangkalan tentera China tidak akan dibina di kepulauan itu bawah perjanjian tersebut yang draf akhir pakatan itu tidak dimaklumkan kepada umum.
Draf yang tersebar itu menetapkan peruntukan, membenarkan penempatan pasukan keselamatan dan tentera laut China di Kepulauan Solomon.
Terdapat juga terma bahasa dalam perjanjian itu yang menyatakan "pasukan China" akan diberi kuasa untuk melindungi "keselamatan kakitangan China" dan "projek utama".
Andrews turut mempertikai pengumuman perjanjian itu kerana dibuat menjelang pilihan raya umum Australia pada 21 Mei ini yang mewujudkan perdebatan sengit berhubung dasar luar dan diplomasi di rantau Pasifik.
"Beijing amat jelas dan sedar bahawa kami dalam kempen pilihan raya umum Australia ketika ini, katanya.
"Kita bercakap tentang campur tangan politik dan ia merangkumi banyak aspek." -AFP