fb fb fb fb fb

Kanada pindah keluar warganya dari Haiti

FOTO REUTERS

PORT-AU-PRINCE, 29 Mac- Kanada menghantar sebuah helikopter ke kedutaannya di Port-au-Prince pada Khamis untuk memindahkan warganya yang ingin meninggalkan Haiti susulan keganasan yang semakin berleluasa.

Sebuah helikopter dilihat mendarat di kedutaan Kanada pada petang Jumaat (28 Mac) ketika askar mengawal bangunan itu.

Keganasan yang semakin meningkat memaksa warga asing meninggalkan negara itu.

Konflik di Haiti telah menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban dan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Gelombang serangan pada bulan ini termasuk serbuan di balai polis dan lapangan terbang antarabangsa, yang menyebabkan penerbangan komersial digantung operasi.

Kanada pada Isnin berkata, ia pada mulanya akan memindahkan warganya yang memerlukan rawatan perubatan atau mereka yang berkeluarga di negara itu ke Republik Dominican yang berkongsi pulau Hispaniola dengan Haiti.

Kira-kira 30 warga Kanada yang bersedia untuk dipindahkan setakat ini telah tampil, kata pihak berkuasa.

Kerajaan Kanada juga sedang mengusahakan cara pemindahan lain untuk warganya yang berkeluarga dan pemastautin tetap.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE