fb fb fb fb fb

Israel tembak mati pemuda Palestin di Tebing Barat

Foto Fail

RAMALLAH, 13 Ogos- Tentera Israel telah menembak mati seorang pemuda Palestin, semalam.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata mangsa berusia 18 tahun itu terbunuh di bandar Qalqilya, utara Tebing Barat.

Sejak bermulanya konflik Israel-Hamas di Gaza 7 Oktober lalu, serangan dilakukan Israel di Tebing Barat semakin meningkat.

Serangan berterusan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 618 rakyat Palestin telah dibunuh di Tebing Barat, menurut kiraan AFP berdasarkan data rasmi Palestin.

Lebih daripada 10 bulan sejak serangan Israel, sebahagian besar Gaza kini bertukar kepada runtuhan bangunan di tengah-tengah sekatan yang menjejaskan bekalan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM