fb fb fb fb fb

Israel paksa penduduk Palestin robohkan rumah

Foto WAFA

BAITULMAQDIS, 22 Januari- Perbandaran Israel Baitulmaqdis Barat memaksa seorang warga Palestin merobohkan rumahnya sendiri di kawasan kejiranan Az-Za'ayyem di Baitulmaqdis dengan alasan membina tanpa kebenaran.

Memetik laporan agensi berita Palestin, WAFA, Dirar Darwish memberitahu bahawa kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pihak majlis perbandaran akan bertindak merobohkan rumah tersebut dan memaksanya membayar dengan kos yang sangat tinggi serta perlu membayar denda.

Beliau berkata rumah tersebut berkeluasan 100 meter persegi dan menempatkan lima orang ahli keluarganya.

Perbandaran Israel melakukan diskriminasi dan menafikan hak penduduk Palestin untuk membina rumah di atas tanah mereka sendiri.

Terdahulu, Israel telah merobohkan kira-kira 110 rumah di Baitulmaqdis pada tahun 2023.

Bukan itu sahaja, perbandaran Israel turut memaksa sekurang-kurangnya 130 pemilik rumah merobohkan sendiri rumah didiami mereka.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM