fb fb fb fb fb

Gaza terus diserang, 7 lagi terbunuh

Foto AFP

GAZA, 25 September- Sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza, semalam.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), sumber tempatan berkata jet Israel yang menyerang sekumpulan orang awam di Mashrou' Beit Lahia, utara Gaza telah menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan mencederakan beberapa yang lain.

"Jet itu turut menyasarkan sebuah pangsapuri di barat laut Gaza, mengakibatkan lima orang awam terbunuh, termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak.

"Ia (serangan di barat laut Gaza) turut menyebabkan beberapa orang lagi cedera, dengan beberapa mangsa masih hilang," lapor WAFA.

Israel telah melancarkan serangan yang dahsyat ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 41,467 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 95,921 yang lain.

Sekurang-kurangnya 10,000 orang tidak dapat dikesan dan dipercayai mati di bawah runtuhan rumah mereka di seluruh Gaza.

Organisasi Palestin dan antarabangsa mengatakan bahawa sebahagian besar yang terbunuh dan cedera adalah wanita serta kanak-kanak.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM