fb fb fb fb fb

Israel bom Gaza, empat lagi terbunuh

Foto AFP

GAZA, 21 September- Sekurang-kurangnya empat orang awam terbunuh dalam pengeboman Israel di tengah Gaza pada pagi tadi.

Memetik laporan agensi berita Palestin (WAFA), sumber tempatan menyatakan bahawa petugas perubatan turut menemukan beberapa yang cedera dalam insiden itu.

"Serangan peluru berpandu menyasarkan sekumpulan penduduk di hadapan rumah keluarga Al-Najjar di kem Al-Nuseirat.

"Pesawat Israel turut menyasarkan rumah-rumah penduduk di kejiranan Al-Janina, timur bandar Rafah di selatan Gaza," lapor WAFA.

Jumlah kematian di Gaza kini meningkat melebihi 41,000 sejak permulaan pencerobohan pada 7 Oktober lalu, di mana kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak dan wanita, sementara jumlah kecederaan telah mencecah 95,000.

Sementara itu, ribuan mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM