fb fb fb fb fb

Tikus paksa penerbangan SAS mendarat cemas

Foto Reuters

OSLO, 21 September – Seekor tikus yang keluar dari hidangan penumpang memaksa sebuah penerbangan SAS membuat pendaratan tidak berjadual di Copenhagen, menurut syarikat penerbangan tersebut pada Jumaat.

Insiden berlaku ketika penerbangan dari Oslo ke Malaga pada Rabu.

Tikus tersebut keluar dari makanan seorang penumpang, menyebabkan pendaratan kecemasan dilakukan bagi mengelakkan risiko keselamatan.

Syarikat penerbangan biasanya melarang keras kehadiran tikus di dalam pesawat kerana haiwan tersebut boleh menggigit wayar elektrik yang penting bagi operasi pesawat.

Jurucakap SAS, Oystein Schmidt berkata penumpang kemudiannya diterbangkan ke Malaga menggunakan pesawat lain dan menyatakan kejadian seumpama itu jarang berlaku.

Pihak SAS juga akan menyemak pembekal makanan bagi mengelakkan kejadian berulang.–AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN