fb fb fb fb fb

Seorang lelaki didakwa cubaan bunuh Trump

Pegawai penguatkuasa undang-undang di tempat kejadian di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump di West Palm Beach, Florida/ AFP

AMERIKA SYARIKAT, 25 September- Lelaki yang dituduh merancang untuk membunuh Donald Trump di padang golfnya di Florida didakwa atas tiga pertuduhan tambahan, termasuk cubaan membunuh calon presiden utama Amerika Syarikat.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memaklumkan Ryan Routh, 58, ditahan pada 15 September selepas ejen perkhidmatan rahsia ternampak dia dengan pistol berada berhampiran padang tempat Trump bermain golf.

Routh telah pun didakwa atas dua jenayah senjata api berhubung kejadian itu pada Selasa.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa kes itu telah diserahkan kepada Hakim Aileen Cannon yang dilantik oleh Trump yang menghentikan prosiding jenayah terhadap bekas presiden itu berhubung pengekalan dokumen rahsia di kediaman peribadinya.

Selain cubaan membunuh calon presiden, pertuduhan baharu itu juga termasuk memiliki senjata api yang digunakan untuk jenayah kekerasan dan serangan ke atas pegawai persekutuan.

Ejen Perkhidmatan Rahsia turut memaklumkan Routh dikesan mengeluarkan sepucuk pistol dari semak semasa Trump bermain golf namun ejen berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek, yang cuba melarikan diri namun kemudiannya ditahan.

Hakim persekutuan pada Isnin memutuskan bahawa Routh harus kekal dalam tahanan.

Sementara itu menerusi analisis FBI dari telefon Routh menunjukkan, dia berada di Florida sejak 18 Ogos. Menurut pendakwa raya, perantinya ditemui beberapa kali antara tarikh itu dan 15 September berhampiran padang golf Trump dan kediamannya di Mar-a-Lago.

Pihak pendakwaan juga turut memaklumkan, menerusi analisis FBI, Routh dikesan menghabiskan hampir 12 jam di sekitar kelab itu. Dapatan itu diperolehi menerusi data lokasi telefonnya.

Ia adalah percubaan kedua untuk membunuh Trump.Kali pertama berlaku pada 13 Julai lalu iaitu pada perhimpunan di Butler, Pennsylvania, apabila seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah Trump.

Kejadian itu meragut seorang individu pada perhimpunan berkenaan dan mencederakan Trump di bahagian telinga, namun calon berkenaan tidak mngalami kecederaan.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI