fb fb fb fb fb

NASA tunda misi Crew-9 ke angkasa lepas

Nick Hague (R) dan angkasawan Roscosmos Alexander Gorbunov di Pusat Angkasa Kennedy sebelum ke Stesen Angkasa Antarabangsa di Cape Canaveral, Florida/ REUTERS

FLORIDA, 25 September- Pelancaran misi Crew-9 NASA dengan SpaceX ke angkasa lepas ditunda pada 28 September berikutan Ribut Tropika Helene.

Misi Crew Dragon SpaceX itu akan melakukan penerbangan rutin yang dipanggil Crew-9. Ia dijangka menghantar tiga angkasawan NASA dan angkasawan Rusia ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Ribut Tropika Helene bergerak melalui Teluk Mexico dan dijangka memberi kesan ke barat laut wilayah Florida.

Kesannya cukup besar sehingga menyebabkan angin kencang dan hujan lebat dijangka berlaku di wilayah Cape Canaveral.

Misi Crew-9 pada asalnya akan dilancarkan tidak lebih awal dari 18 Ogos, tetapi telah ditunda sebulan untuk menghabiskan lebih banyak masa menganalisis isu dengan Boeing.

Sementara itu angkasawan NASA Nick Hague dan angkasawan Roscosmos Aleksandr Gorbunov akan melancarkan misi Crew Dragon SpaceX ke ISS.

Ia adalah misi penggiliran krew kesembilan dengan SpaceX bawah Program Krew Komersial agensi angkasa itu.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI