NEW YORK, 24 September- Boeing akan memberikan lebih banyak masa kepada kesatuan untuk mempertimbang cadangan kontrak buruh terbaharu syarikat bagi menamatkan mogok di dua kilang di Seattle.
"Kesatuan akan diberi lebih banyak masa dan tawaran sokongan logistik, setelah mereka memutuskan untuk mengundi," menurut syarikat itu.
Boeing menetapkan tarikh akhir pada Jumaat ini untuk pekerja menerima tawaran tersebut.
Kira-kira 33,000 anggota Persatuan Jurutera dan Pekerja Aeroangkasa Antarabangsa (IAM) telah meninggalkan pekerjaan mereka pada 13 September selepas menolak tawaran terdahulu.
Secara tidak langsung menghentikan operasi kilang pemasangan untuk 737 MAX dan 777.
Semalam, Boeing mengumumkan akan menaikkan gaji pekerja yang sedang mogok sebanyak 30 peratus dan mengembalikan bonus tahunan, sebagai konsesi selepas meninggalkan pekerjaan.-AFP