fb fb fb fb fb

'Orang awam termasuk penduduk Palestin mesti dilindungi' - EU

Foto AFP

BRUSSELS, 17 Februari- Orang awam termasuk penduduk Palestin mesti dilindungi, selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, kata Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan, Josep Borrell.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Borrell menyeru supaya Israel tidak melakukan serangannya terhadap penduduk Palestin di Rafah.

"EU meminta Israel untuk tidak mengambil tindakan ketenteraan di Rafah yang akan memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang sudah menjadi bencana," kata Borrel menerusi platform X.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meminta tenteranya bersiap sedia memasuki bandar Rafah yang kini sesak dengan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Netanyahu mengarahkan pegawai tenteranya mengatur rancangan memusnahkan pejuang Hamas di bandar itu.

Artikel Berkaitan:
Sekutu AS kecam operasi Israel di Rafah
Serangan bandar Rafah akan menjadi malapetaka kemanusiaan
Jepun bimbang operasi ketenteraan Israel di Rafah
Ratusan nyawa terkorban, Malaysia kecam serangan Zionis di Rafah


NIZAHA BINTI ABDUL KAREM