fb fb fb fb fb

Letupan kilang bunga api, 10 orang maut di India

Foto Fail

NEW DELHI, 17 Februari- Sepuluh orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Tamil Nadu, India, hari ini.

Pegawai Polis, Feroze Khan Abdullah berkata letupan itu berpunca daripada kebakaran di dalam kilang berkenaan.

"Lima orang yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital untuk rawatan.

"Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya kepada AFP di sini.

Kemalangan di kilang sering berlaku di India disebabkan pemiliknya sering mengabaikan keselamatan pekerja dan beroperasi tanpa permit.

Terdahulu, 11 orang maut dalam kebakaran di sebuah kilang cat di New Delhi, Jumaat lalu.

Lapan orang lagi terbunuh bulan ini apabila sebuah kilang bunga api meletup di Madhya Pradesh. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM