fb fb fb fb fb

Rusia tuntut 'kawalan penuh' ke atas Avdiivka

Foto AFP

KIEV, 18 Februari - Rusia pada Sabtu berkata ia telah mengambil "kawalan penuh" bandar Avdiivka di timur Ukraine, beberapa jam selepas Kiev berkata ia telah menarik diri dari bekas kubu untuk menyelamatkan nyawa askar.

Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu telah memaklumkan kepada Presiden Vladimir Putin mengenai perkara tersebut, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan.

Putin "mengucapkan tahniah kepada tentera dan pejuang kami di atas kemenangan penting itu", jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu media kerajaan.

Menghadapi kekurangan peluru dan lebih ramai di medan perang, tentera Ukraine mengumumkan mereka telah berundur pada awal pagi Sabtu.

Ia menyusuli tekanan selama berbulan-bulan selepas tentera Rusia meningkatkan usaha untuk menawan hab perindustrian timur itu pada Oktober, memusnahkan bandar itu dan menyebabkan banyak korban.

Penawanan Avdiivka mewakili kemenangan terbesar Rusia dalam peperangan sejak Mei.

Terdahulu pada Sabtu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memberitahu persidangan keselamatan di Munich: "Keupayaan untuk menyelamatkan rakyat kita adalah tugas paling penting bagi kita.

"Untuk mengelak dikepung, diputuskan untuk berundur ke barisan lain."

“Ini tidak bermakna orang ramai berundur beberapa kilometer dan Rusia berjaya menawan sesuatu,” tambahnya.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN