fb fb fb fb fb

Ratusan nyawa terkorban, Malaysia kecam serangan Zionis di Rafah

Foto AFP

KUALA LUMPUR, 12 Februari- Malaysia mengecam keras serangan besar-besaran Zionis di Rafah yang telah membunuh ratusan nyawa orang awam.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu akan meningkatkan ketegangan selain merencatkan usaha gencatan senjata.

Wisma Putra dalam kenyataan turut mengulangi sokongan Malaysia, yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin.

"Malaysia kekal dengan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin dalam mendapatkan kembali hak-hak mereka untuk berdiri sendiri, penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara Palestin dan diterima sebagai ahli anggota penuh PBB," kata kenyataan itu.

Malaysia tuntut negara haram Israel hentikan serangan dan patuh undang-undang antarabangsa.

"Operasi ketenteraan yang berniat jahat ini dengan jelas memperlihatkan matlamat ulung rejim Zionis untuk menghapuskan rakyat Palestin dari tanah air mereka sendiri," tambah kenyataan itu.

Sikap angkuh Zionis jelas dilihat menghina keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 26 Januari lalu.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM