fb fb fb fb fb

Sekutu AS kecam operasi Israel di Rafah

FOTO AFP

SYDNEY, 15 Februari- Australia, Kanada dan New Zealand mengecam dan memberi amaran kepada Israel bahawa operasinya ke atas bandar Rafah di selatan Gaza bakal membawa malapetaka.

Ketiga-tiga negara Komanwel itu mengeluarkan kenyataan bersama yang jarang berlaku dengan menyatakan kebimbangan mendalam terhadap situasi di Rafah ketika ini.

“Kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin berlindung di kawasan itu, termasuk ramai rakyat kami dan keluarga mereka.

"Operasi ketenteraan yang diperluaskan akan memusnahkan. Kami menggesa Israel untuk tidak melalui jalan ini.

"Tiada tempat lain untuk orang awam pergi," kata kumpulan sekutu Amerika Syarikat (AS) itu.

Serangan tentera penjajah ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu telah membunuh sekurang-kurangnya 28,000 penduduk, kebanyakkan kanak-kanak, warga emas dan wanita. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA